Saturday, December 8, 2012

Assignment 1: Web


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini hendak sentuh sedikit mengenai Assignment 1 yang kami perlu siapkan. 

Assignment 1: Referring to development of a dynamic page using Dreamweaver.  The web page that will be developed should have following aspects:

    1. Several links
    2. Use frames
    3. Integrate multimedia elements
    4. Guest book
    5. Online discussion/survey and others.

Maka group kami bercadang untuk membuat website tadika.  Website ini membolehkan ibu bapa membuat pendaftaran secara online bagi pihak anak mereka.

Seperti web-web lain, web ini juga terdapat function button, login, logout.


Dalam home page ini, terdapat beberapa frames yang digunakan.  Terdapat frame untuk header, main content, side bar, menu bar dan juga footer.
Terdapat beberapa link antaranya, Home, About, Registration dan juga servey.  Kami juga meletakkan sedikit elemen multimedia dalam web page ini.

Registration page


Di sini ibu bapa perlu melengkapkan borang permohonan dan submit supaya kami boleh memprosesnya. Di sinilah function insert record diaplikasikan dan masuk ke dalam database.

Survey Page


Survey ini bertujuan untuk penambah baikan hasil dari pandangan/feedback daripada ibu bapa.  Jika di lihat di sini, terdapat beberapa radio button digunakan untuk membuat soalan survey ini.

View Maklumat Pelajar



Page ini hanya boleh di akses oleh admin sahaja. Di mana admin boleh view senarai pelajar yang berdaftar.  Di sini recordset perlu, kerana ia akan baca data daripada database.

Update/ Delete data



Page ini juga hanya untuk admin sahaja.  Di mana admin boleh edit dan juga delete maklumat pelajar.

Kekangan semasa menyiapkan projek ini adalah Kami menghadapi masalah untuk update data dan juga delete data.  Namun hasil dari kami berbincang dan juga bertanya rakan-rakan yang lain, masalah tersebut dapat di selesaikan.

Ini sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan untuk Assignment 1 kami.
Group: Kak Wani dan Jannah. ^_^


Sekian sahaja.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers