Wednesday, November 7, 2012

Introduction to Flash


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارحِيم

Assalamualaikum semua ^_^
Semoga sihat-sihat selalu.

Ok, semalam kami belajar cara-cara nak sediakan questionnaire secara online.  Seronok.
Dr ada juga refresh sikit-sikit pasal dreamweaver. 

Kemudian kami semua diperkenalkan dengan Flash. 
Flash ini boleh untuk melukis dan trace.  Dua extension yang biasa dalam flash ini adalah .swf  dan .exe.  .swf ni singkatan bagi Shockwave flash manakala .exe pula standalon application.  Flash ini boleh dalam bentuk .gif, jpeg dan .png. 

Banyak lagi mengenai flash yang kami perlu pelajari.  Dr sarankan supaya kami belajar dahulu waktu cuti semester ini supaya kami lebih jelas dan faham mengenainya.  Dengan flash ini, kita boleh hasilkan pelbagai animasi, game, movie, aplikasi web dan banyak lagi.  Bagi mereka yang suka menghasilkan sesuatu yang kreatif, flash memang sangat sesuai untuk dipelajari.

Ok, setakat ini dahulu reflection minggu ini. InsyaAllah, akan di update pada masa akan datang.

Wassalam.



0 comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers