Friday, November 23, 2012

Apps 1: World of Flash

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارحِيم

Assalamualaikum semua.. ^_^

Alhamdulillah, untuk minggu ini, satu lagi pengajaran baru diterima.  Bukan itu sahaja Dr juga menyediakan iPad bagi memudahkan kami untuk akses application flash walau di mana kami berada.  

Daripada Apps 1, terdapat beberapa topik mengenai flash antaranya, 'flash interface', 'Application of flash' dan juga 'types of interaction'.

1. Flash interface
Contoh interface bagi adobe flash

  • Timeline: terdapat frame bagi sesuatu animasi dan di display dari kiri ke kanan.  Sekiranya terdapat animasi dalam setiap frame tersebut, maka, flash akan automatik akan mainkan animasi tersebut.  Flash bekerja mengikut sequence dari satu frame ke frame yang lain.
  • Tool Panel: Tools yang kita perlukan untuk edit dan melukis objek.  Setiap satu tools ada fungsinya yang tersendiri. 
  • Stage: Stage ini yang akan memaparkan animasi, gambar, dan lain-lain.  Kita boleh ubah saiz stage yang kita mahukan di bahagian properties.
  • Properties Panel: Di sini terdapat pelbagai pilihan jika kita hendak tukar atau edit objek. Contohnya kalau kita mahu jadikan bagckground warna hitam atau pon saiz pensil.
  • Library: Kita gunakan jika hendak import clipart, gambar dan sebagainya.

2. Application flash

Antara contoh aplikasi flash adalah membuat web banner, animasi, game, dan juga courseware. Selain itu boleh juga untuk iklan sesuatu (advertisement).

3. Types of Interaction

Antara contoh types interaction adalah, simbol, text dan juga 'drag & drop'.  
  • Simbol (contoh dalam apps 1 ini adalah grafik, button, dan juga movie clip).
  • Text (Terdapat 3 jenis text dalam CS3 ini, antaranya ialah static text, input text dan juga dynamic text).
Static text
Digunakan untuk tajuk dan juga label


Input Text
Contoh kalau kita hendak masukkan nama atau password.


Dynamic Text
Guna bila hendak paparkan objek atau text yang berubah ikut masa.

Ini yang dapat saya kongsikan pada minggu ini.  InsyaAllah pada masa akan datang akan dikemaskini.

Sebelum tu, di bawah ini adalah aktiviti yang perlu kami siapkan dalam kelas. InsyaAllah akan perbaiki lagi skil flash ini.

Untuk melukis bukit,pantai dan kerusi, saya guna line tool dan selection tool. Manakala payung tu pula guna shape tool. Jika hendak perbanyakkan kerusi, bole copy and paste atau pun 'Alt+Drag' atau duplicate. 
Untuk mewarkan, gunakan bucket tool dan pilih sahaja warna yang disukai. ^_^

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers