Friday, October 12, 2012

PHP | Contact Form & View Page

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَن اارحِيم


Assalamualaikum semua ^_^
Ok, minggu ni diteruskan lagi dengan penambahan ilmu baru iaitu menggunakan PHP dalam dreamweaver.  Cara nak aplikasikan PHP adalah sama seperti ASP seperti yang kita belajar sebelum ini.  

Menurut pendapat saya, menggunakan PHP lebih mudah berbanding ASP, memandangkan sebenarnya masa degree dulu pernah belajar mengenai PHP ni.  Cuma kami diberi penekanan lebih kepada coding atau programming. Tapi apa pun caranya still sama dan memang mudah, InsyaAllah.

Minggu ni belajar buat contact form dan show list dalam database.  Beza database PHP dengan ASP ni, kalo ASP kita guna MsAccess, tapi PHP pula menggunakan XAMPP (PhpMyAdmin).  Bagi yang belum mengenali apa itu Xampp, lihat rajah bawah ini. 


Sebelum nak guna mestila kene install dulu ye x? 

Tapi sebelum nak install Xampp ni, kena pastikan IIS yang sebelum ni kita ON kan, perlu la di STOP kan terlebih dahulu agar tiada masalah yang timbul semasa nak install Xampp ni nanti.  Sebabnya, kedua-duanya berkongsi port yang sama.  Dr Zaida juga dah tunjukkan dalam kelas bagaimana nak stopkan IIS ni.

Ok, kat bawah ni contoh contact form dan view page yang berjaya di hasilkan dalam kelas. ^_^



Step nak buat contact data dengan view/display data ni sama je macam kita buat exercise ASP dulu.  Cumanya yang beza, kita guna PHP je la.

Minggu depan belajar nak buat login dan registration page.  Cara nak guna authentication user juga akan diterangkan minggu depan.  



Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers